Tuesday, 20 March 2018

Travelog Public Gold Miri


Public Gold Miri telah beroperasi secara rasminya selepas  sambutan Tahun Baru Cina yang lepas.  Bulan ini merupakan Mega Seminar  yang pertama diadakan di cawangan berkenaan. Istimewannya seminar kali ini apabila guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie yang turun sendiri ke Miri untuk menyampaikan seminarnya. Tiga sesi seminar telah dijadualkan pada 17 dan 18 Mac 2018 yang lalu. 

Sebelum saya ambil keputusan untuk terbang ke Miri. Saya telah berbincang dengan isteri saya beberapa kali. Memandangkan isteri saya seorang guru ABIM, kadangkala aktiviti sekolahnya melibatkan hari sabtu. Alhamdulillah tarikh seminar di Miri beliau tiada apa-apa aktiviti sekolah pada waktu tersebut.

Hati saya amat kuat untuk terbang ke Miri disebabkan beberapa perkara. Pertamanya ingin berjumpa dengan guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie bagi membincangkan perkembangan bisnes saya dalam sesi one on one dengan beliau. Agak lama juga saya tak bertemu  dengan guru eamas saya dalam beberpa bulan ni, disebabkan banyak seminar-seminarnya dijadulkan di Indonesia. 

Bila saya tahu, beliau datang ke Sarawak untuk bagi seminar. Ini peluang terbaik untuk saya bertemu dengan beliau. Kata hati saya 'Kalau Miri pun Mirilah. Janji dapat jumpa". Sesi bersama mentor antara sistem sokongan yang Public Gold sediakan untuk dealer-dealar yang serius untuk membina bisnes bersama Public Gold. 

Selain itu, saya juga ingin melihat sendiri cawangan baru Public Gold di Miri dan berkenal-kenal dengan staf di sana.  Bila staf dah kenal saya, senanglah  nak minta tolong jika ada sahabat-sahabat saya di sekitar Miri, Brunei, Bintulu, Limbang nak beli emas dengan Public Gold. Pergi saja Public Gold Miri, sebut saja nama saya dengan PG Kod saya. 

17 Mac 2018


Saya bertolak dari rumah dalam sekitar pukul 11.30 pagi. Perjalanan dari rumah ke  air port  taklah jauh sangat, dalam 30 minit saja. Kami menggunakan penerbangan MAS untuk ke Miri. Walaupun kami bawa beg kecil, saya nak drop beg juga. Sayang pulak 30 kg tak guna. 


Saya dan isteri orang semenanjung yang bekerja di Sarawak. Jika mahu balik semenanjung kami perlu guna passport biru iaitu passport perjalanan terhad untuk perjalanan Sabah Sarawak saja. Tetapi bagi perjalanan dalam negeri Sarawak, tak perlu guna passport. Hanya guna IC saja. 


Bagi sahabat-sahabat yang belum berkesempatan sampai ke Kuching. Beginilah suasana airport Kuching.

Hari ini penerbangan ke Miri dijangka penuh

Pesawat membawa kami ke Miri dah sampai

Hari ini penerbangan ke Miri penuh. Mungkin disebabkan cuti sekolah dah mula. Jadi ramai ibu bapa ambil kesempatan pulang ke kampung masing-masing. Penerbangan dari Kuching ke Miri mengambil masa lebih kurang 1 jam. Biasanya tak sampai pun. 45 minit dah sampai Miri. Perjalanannya lebih kurang saya balik kampung ke Alor Seter. 

Pemandangan dari udara

Kacang masin dengan jus oren

Pemandangan dari udara. Negeri Sarawak geografinya bergunung ganang dan banyak sungai. Sungai-sungainya pula besar-besar belaka. Kalau di semenanjung sungainya kecil-kecil. Jangan terkejut jika datang Sarawak. Sungainya macam laut besarnya. Jaga-jaga sungai di Sarawak ada buaya. 

Pernerbangan dari Kuching ke Miri, kami hanya disajikan dengan jus oren dan kacang masin saja. Okaylah tu daripada tak ada langsung. Sambil layan kacang masin kita baca ebook bisnes. 


Kami dah sampai air port Miri

Penerbangan Maswing digunakan untuk perjalanan jarak dekat saja. 

Pesawat ATR sedang disiapkan oleh kru darat untuk penerbangan seterusnya


Kami mendarat di Miri sekitar pukul 4.00 petang. Biginilah suasana air port di Miri. Untuk makluman sahabat-sahabat, air port Miri merupakan pintu masuk ke dua di negeri Sarawak selepas Kuching. Banyak penerbangan terus dari Miri. Antaranya Miri - Kuala Lumpur, Miri - Kota Kinabalu, Miri - Johor Bharu. Air port Miri juga menjadi hub transit untuk penerbangan ke negeri Sabah dalam Sarawak antaranya ke Labuan, Lawas, Marudi, Ba Kalalan, bahagian pedalaman negeri Sarawak yang menggunakan penerbangan Maswing. 

Kami menginap di sini. Hotel Nur


Kami menginap di Hotel Nur. Hotel Nur merupakan hotel muslim di Miri. Hotel ini juga bersih dan cukup murah jika nak bajet perjalaan ke Miri. 

Mega Seminar Sesi Ke Dua

Saya tidak berkesempatan untuk turut serta seminar sesi pertama yang diadakan pada sebelah paginya. Saya ambil keputusan untuk turut serta seminar sesi ke dua pada malamnya. Selepas solat jamak Maghrib dan Isyak, saya dan isteri terus bergegas ke Public Gold Miri menggunakan Grab Car. Tambangnya cuma RM 7 saja dari Hotel Nur.

Perkongsian daripada Cikgu Steven Blanda. Pengalaman beliau mula menyimpan emas. Beliau merupakan dealer aktif di Miri.

Seterusnya giliran guru saya menyampaikan seminarnya.

Kemudian perkongan daripada Pn Najdah untuk Aurora Italia.


Saya telah diamanahkan oleh guru saya sebagai mc seminar. walaupun agak terkejut kerana saya  datang hanya untuk dengar seminar daripada beliau saja. Saya ambil amanah ini sebagai peluang. Alhamdullah semua berjalan lancar. Seminar sangat seronok malam tu. 

18 Mac 2018


Pada pagi ahadnya, saya dan isteri telah dipelawa oleh guru saya untuk  bersarapan bersama-sama beliau di hotel beliau menginap. Biasa inilah masanya saya sesi one on one dengan beliau. Up date perkembangan bisnes, teguran, dan cadangan yang harus saya buat dan perbaiki. Bila kita bina bisnes dengan bimbingan seorang guru. Kita dapat elakan banyak kesilapan yang kadang kala apa yang kita fikirkan dah betul, tapi tidak bagi mereka yang sudah melalui fasa ini. 

Cikgu Borhan. Dealer aktif di Brunei. Seronok berkenalannya. Salam perkenalan cikgu. 

Fire sales selepas seminar. Jualan emas harga lebih murah daripada harga biasa. Hanya dalam seminar-seminar Public Gold saja. Bukan saja boleh beli emas, kita juga boleh buka akaun GAP, register jadi dealer.

Mereka yang hadir dalam seminar kali ini.


Selepas seminar, saya ambil kesempatan  pusing-pusing sekitar branch Public Gold Miri. Apa yang saya dapat katakan. Bilik seminar Public Miri seakan-akan sama bilik seminar Public Gold Ampang. Manakala, bahagian khidmatnya pelanggnya pula seperti Public Gold Relau. 

Dalam gambar tu Ms Emely tengah sibuk up date macam-macam dokuman. Saya tak nak kacau beliau. Beliau dari Public Gold Sungai Petani hanya sementara di Public Gold Miri.  Nanti ada orang baru yang ambil alih tugasnya di sini. Logat Kedah pekat betul dia ni. 

Pemandangan dari luar Public Gold Miri.

Kami bergambar di hadapan restoran Kak Bebiyana

Di muzium minyak di atas Bukit Kanada

En Kipli suami Kak Bebiyana sedang menerangkan bagaimana cari gali minya dijalankan


Saya dijemput oleh Kak Bebiyana dan suami untuk ke restoran mereka. Kak Bebiyana antara dealer aktif di Miri. Selain seorang dealer. Kak Bebi juga mengusahakan sebuah restoran. Kami turut dijamu di restoranya. Hidangnya cukup lazat dan terbaik. Saya cadangan jika  ada JLT di Miri, restoran Kak Bebi mesti kena datang sebelum balik ke semenanjung.

Selepas itu, kami  turut di bawa oleh Kak bebiyana pusing-pusing sekitar Miri sehingga ke Bukit Kanada. Di sinilah, minyak  buat kali pertamanya dijumpai. Kak Bebi turut menghantar kami ke air port.

Macam biasa, penuh penerbangan ke Kuching

Pesawat kami dah sampai

Penerbangan   ke Kuching menggunakan Air Asia. Macam biasa  penuh seperti  kami datang ke Miri tempoh hari. 

Pembukaan Public Gold Miri memberi satu rahmat kepada sahabat-sahabat di sekitar Miri, Bintulu, Limbang, dan Negara Brunei Darul Salam. Perjalanan lebih singkat, mudah, serta lebih senang untuk berurusan. Kata Cikgu Borhan kepada saya, sebelum adanya Public Gold Miri, beliau selalu berulang alik Brunei - Singapura untuk membeli emas. Kini apabila Public Gold Miri sudah dibuka urusan lebih mudah. Alhamdulillah.

Wallahualam

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching 

No comments:

Post a Comment