Monday, 12 March 2018

Cari Duit Tebus Semula Emas


Emas ialah item yang paling mudah nak dicarikan. Asal ia emas yang tulen, ia diterima di mana-mana tempat. Malah, emas juga diterima tanpa mengira sempadan negara. Itulah keistimewaan emas berbanding duit kertas yang kita gunakan sekarang.

Bila nak guna duit, jual atau pajak saja emas dalam simpanan kita. Tapi, daripada pengalaman saya. Saya perhatikan para penyimpan emas lebih suka pajakan emas daripada jualkan emas tersebut. Bila saya tanya mengapa? Ramai yang jawab sayang nak jual emas tu. Kalau pajak, kita boleh dapat balik emas tersebut bila dah habis bayaran pinjaman.

Jual atau Pajakan Emas

Bila tanya saya mana lebih baik jual atau pajakan emas. Saya pendapatan bahawa ia bergantung pada situasi seseorang, Jika kita jualkan emas yang kita ada, sudah semestinya emas bukan tu miliki kita lagi. Bila kita pajakan, kebarangkalian nak dapat semula amat tinggi.

Tapi perlu kita fikirkan bahawa bila kita pajakan emas, kita perlu cari sumber kewangan untuk menebus semula emas tersebut. Ramai juga kaki pajak yang lebur emasnya, disebabkan tidak mampu menebus semula emas di dalam ar rahnu. Jadi jual atau pajak, perlu difikirkan terlebih dahulu. Jika rasa tiada sumber kewangan yang kukuh untuk tebus semula emas dalam simpanan ar rahnu, baik jualkan saja berbanding kita pening-pening memikirkan soal sumber kewangan untuk menebus semula. 

Cari Duit Tebus Semula Emas

Daripada pengalaman saya sendiri. Bila kita dah jual emas sebab nak pakai duit. Kita mesti nak ganti balik emas yang kita jual tu. Kalau jual 1 dinar, kita mesti nak cari duit  nak ganti balik 1 dinar yang dah terjual tu. Antara  faktornya, kita sayang emas tersebut. Begitu juga bila kita pajakkan emas. orang yang pajakkan emas sedaya upaya nak tebus semula emas mereka. Kadangkala lebih cepat daripada tempoh yang ditetapkan. Kalau tak berjaya tebus semula emas dalam simpanan ar rahnu, bagai ayah kehilangan anak. Sedih, pilu, sentap.

Inilah aura emas. Bila terpakai emas, kita cepat-cepat nak ganti. Lain pula ceritanya bila terpakai duit. Bila kita dah terpakai duit, kebarangkalian nak ganti semula tu amat tipis. Kalau dah terguna RM 100. Kebarangkalian nak ganti semula duit RM 100 tu akhirnya tak berganti langsung. RM 100 lesap di alam ghaib.

Itulah bezanya emas dan duit kertas yang kita guna hari ini. Auranya berbeza

Wallahualam
Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching


No comments:

Post a Comment