Friday, 3 November 2017

Kelebihan Simpan Emas Dalam Dompet

Bulan lepas saya diamanahkan oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar emas PG. Walaupun dah 2 kali menolak pelawaan daripada pihak Public Gold. Namun, akhirnya saya menerima juga untuk menyampaikan seminar pada bulan lepas. Sebabnya saya menolak untuk kali pertama ialah disebabkan kekangan masa dan komitmen tugas rasmi. Bulan lepas merupakan seminar saya yang pertama sejak saya menjadi dealer Public Gold.

Rupanya jadi speaker ni bukannya mudah. Selesai saja seminar, tekak saya tersangatlah sakit. Kata isteri saya, saya tak minum air dahulu sebelum mulakan seminar. Saya fikir betul juga, masa nak mulakan seminar. Saya tak minum apa-apa pun. Saya terima pesan isteri. Lepas ini saya kena minum air mineral dahulu sebelum mulakan seminar.

Simpan Emas Dalam Dompet

Dalam seminar yang saya sampaikan itu, saya ada menunjukkan dompet saya kepada peserta seminar. 

Saya tanya, “Tuan-tuan adakah dompet ini tempat simpan duit?” 

Ramai yang menjawab “Ya”. 

Saya tunjukkan duit RM 100 yang ada dalam dompet saya. 

Saya tanya lagi. “Tuan-tuan. Kalau tuan-tuan anda duit RM 100 ni, tuan-tuan simpan atau belanja?” 

Ramai yang jawab “Belanja tuan.” 

Saya beritahu peserta seminar saya “Tuan-tuan,dompet bukanlah tempat simpan duit tapi tempat persinggahan duit. Contohnya tuan-tuan keluarkan duit daripada mesin ATM, tuan-tuan letakkan dalam dompet. Kemudian tuan-tuan ke kedai Ah Kiong beli barang dapur sikit, kemudian pergi pulak ke restoran Pak Ali makan-makan dengan isteri anak-anak, kemudian tuan-tuan balik ke rumah. Sampai di rumah tuan-tuan cek dompet. Aik! duit RM 100 dah jadi RM 10. Duit RM 100 tuan-tuan sudah musafir bermacam-macam tempat. Kemudian tuan-tuan pening kepala. Tuan-tuan fikir ke mana duit aku pergi”

Saya tunjuk pula emas dalam dompet saya. Saya tanya lagi peserta seminar saya “Tuan-tuan, emas ini tuan-tuan nak buat apa?” Ramai yang jawab “Simpan tuan”

Pengajaran daripada cerita yang saya sampaikan dalam seminar saya tu. Dapat saya simpulkan bahawa duit kertas amat susah untuk disimpan berbanding untuk dibelanjakan.

Simpan Emas Elak Duit Bocor

Apa yang saya lihat, emosi simpan emas berbeza daripada simpan duit kertas. Apabila kita menyimpan duit kertas. Kita rasa nak berbelanja dan berbelanja. 

Berbeza apabila kita mula menyimpan emas. Contoh 1 gram 1 bulan. Kita ingin tambah dan tambah lagi emas dalam simpanan. Kita seronok simpan emas. Kata guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie. Emas seronok dikumpulkan. Duit kertas seronok dibelanjakan. Ini menyebabkan secara tidak langsung kita dapat menutup kebocoran wang disebabkan sikap kita sendiri.

Secara peribadi, saya menyimpan emas untuk menutup kebocoran wang  dan mengekalkan kuasa beli untuk jangka panjang.

Kelebihan Simpan Emas Dalam Dompet

#1 Sebagai Motivasi Menyimpan

Saya lihat apabila kita menyimpan emas dalam dompet, ia bukan setakat menutup kebocoran wang. Saya perhatikan ada kelebihan-kelebihan lain yang kita tak sedar selama ini.

Menyimpan emas dalam dompet, apa yang saya rasa. Saya lebih bermotivasi untuk terus menyimpan emas. Apabila terlihat emas dalam dompet. Fikiran bawah sedar kita akan beritahu “Bulan ini aku belum tambah lagi emas.” Simpan emas dalam dompet lebih mendorong kita untuk terus menyimpan dan menyimpan.

#2 Dana Kecemasan Dalam Perjalanan

Emas yang disimpan dalam dompet boleh dijadikan dana kecemasan semasa dalam perjalanan. Tiba-tiba kita kehabisan duit tunai atau mesin ATM offline. Emas boleh dijual di kedai-kedai emas untuk mendapat duit tunai segera.

#3 Mendorong Orang Lain Menyimpan Emas

Sesekali apabila saya keluar makan dengan rakan sekerja, ada juga terkeluar cerita pasal emas. Masa itulah saya keluarkan emas dalam dompet dan tunjukkan kepada mereka. Saya akan ceritakan kelebihan menyimpan emas, manfaat menyimpan, untungnya menyimpan emas, apa-apa saja yang saya tahu, saya belajar daripada mentor dan seminar-seminar yang saya hadiri. Mudah-mudahan ada dalam kalangan rakan saya yang mula menyimpan emas.

Wallahualam

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching

1 November 2017

No comments:

Post a Comment