Saturday, 4 November 2017

Cara Mula Simpanan Emas Modal Kecil

Ramai yang anggap kalau nak mula menyimpan emas perlu modal yang besar. Dulu saya pun fikir benda yang sama. Ironinya kalau barang yang dianggap mahal seperti emas, perlukan modah yang banyak baru boleh mula. Itu tanggapan awal saya apabila mendengar emas. Sebenarnya nak mulakan simpanan emas ni tak perlu modal yang besar rupanya. Jika ada modal sekitar RM 250 pun dah boleh mula simpan emas. Yang penting mula dahulu. Apabila kita dah mula, baru kita faham yang mana harga emas dianggap rendah dan yang mana harga dianggap tinggi.

Saya amat syorkan sebelum mula menyimpan emas, sediakan dahulu dana kecemasan 3 bulan pendapatan dalam bentuk wang tunai dalam bank. Jika belum cukup dana kecemasan tersebut. Boleh mula dahulu beli syiling dinar atau gold bar 1 gram. Lepas tu fokus cukupkan dana kecemasan 3 bulan pendapatan. Jika sudah mempunyai niat dan minat menyimpan emas. Jangan pendam lama-lama. Mulakan dahulu sebagai dorongan dan motivasi untuk menyimpan. Umpama dah sukakan seorang wanita untuk dijadikan suri hati. Kalau dah suka bagitahu awal-awal. Kalau pendam lama-lama nanti terlepas pada orang lain. Sama jugalah kalau minat menyimpan emas. Mulakan dulu jangan tunggu lama-lama.

#1 Beli Gold Bar 1 Gram

Untuk mula menyimpan emas. Kita boleh mula dengan membeli gold bar 1 gram. Modal untuk gold bar 1 gram sekarang dalam sekitar RM 250. Jenama yang agak terkenal selain Public Gold seperti Power Gold, Wah Chan, Tomei dan Habib. Apa yang saya lihat. Gold bar 1 gram selain jenama Public Gold. Harga pergramnya agak mahal dan susut nilainya agak tinggi. Lambat untung kalau nak jual semula. Melainkan kita beli emas itu nak buat harta karun tak nak jual atau nak buat koleksi. Kalau ada rasa beli emas kemudian nak jual semula, pastikan pilih emas yang agak murah dan mempunyai susut nilai yang rendah. Lagi rendah susut nilai, lagi kita untung.

Perkara penting yang perlu kita tahu ialah harga per gram gold bar 1 gram, tak kisahlah apa-apa jenama sekalipun biasanya lebih mahal berbanding harga pergram emas saiznya yang lebih besar. Dengan kata lainnya harga per gram emas untuk gold bar 1 gram lebih mahal daripada emas 10 gram atau 50 gram disebabkan minting cost-nya yang lebih mahal.

#2 Beli Emas Melalui GAP

Antara kaedah yang paling mudah Public Gold sediakan untuk mula menyimpan emas ialah beli emas melalui Akaun Pengumpulan Emas Public Gold atau Gold Accmulation Program (GAP). Akaun GAP ini mirip seperti akaun emas yang di tawarkan kebanyakkan bank-bank di Malaysia. Seperti akaun emas Maybank, CIMB Bank, Bank Muamalat, Kuwait Finance House dan sebagainya.

Yang menariknya akaun GAP ini, kita boleh beli emas serendah RM100 atau 1 gram bila-bila masa. Akaun GAP ini disokong 100% emas fizikal. Kita boleh keluarkan emas fizikal serendah 1 gram di mana-mana cawangan Public Gold. Simpan emas akaun GAP juga percuma. Tiada caj dikenakan.   

#3 Beli Syiling Dinar

Kalau ada modal sekitar RM 800. Kita boleh beli syiling dinar. Dipasaran sekarang banyak syiling dinar yang di jual. Cara terbaik untuk pilih syiling dinar untuk pelaburan ialah, pilih yang mempunyai susut nilai yang rendah dan bebas GST. Buat masa sekarang syiling dinar paling baik dipasaran ialah jenama Public Gold. Susut nilainya rendah 6-9% dan bebas GST (sebab diiktiraf diperingkat antarabangsa - London Bullion Market Association). Kita dah jimat 6% di situ.

Untuk beli syiling dinar. Daftar secara percuma di website Public Gold. Buat oder secara online. Emas yang dioder itu boleh diambil di mana-mana cawangan Public Gold. Public Gold mempunyai 18 cawangan seluruh negara. Plilh saja cawangan terdekat dengan rumah atau tempat kerja. Untuk makluman tambahan sahabat pembaca, Public Gold juga mempunyai sebuah cawangan di Singapura dan sebuah di Indonesia. Kepada sahabat-sahabat di Singapura dan Indoensia, anda juga boleh beli emas Public Gold.

Sahabat-sahabat di Singapura, boleh buat oder melalui website Public Gold Singapura. Manakala, sahabat-sahabat di Indonesia buat oder Public Gold melalui website Public Gold Indonesia.

Sebenarnya ada beberapa kelebihan lain yang perlu sahabat-sahabat tahu tentang emas Public Gold. Semoga panduan ringkas ini bermanfaat kepada sahabat-sahabat untuk memulakan langkah pertama sebagai penyimpan emas.

Mudah-mudahan.

Mohamad Shafiq Rohaizad
4/11/2017

Kuching

kredit: http://www.pelaburanemas.org
4.bp.blogspot.com

No comments:

Post a Comment