Sunday, 29 October 2017

Emas Simpan Kuasa Beli

Apabila saya belajar manfaat menyimpan emas. Akhirnya baru saya faham, menyimpan emas ini bukan hanya membuat untung harga emas naik semata-mata tetapi apa yang paling penting ialah emas menyimpan kuasa beli.

Teori 1 Dinar 1 Ekor Kambing

Pada zaman nabi 1 dinar mampu membeli seekor kambing. Setelah 1400 tahun, 1 dinar masih  mampu membeli seekor kambing. Berdasarkan teori ini, kita dapat lihat kuasa beli 1 dinar bertahan sejak 1400 tahun yang lalu. Walaupun harga dinar naik bekali-kali ganda sejak zaman dahulu. Hakikatnya 1 dinar hanya mampu membeli  seekor kambing dan tidak 2 ekor kambing.

Ini bermakna walaupun apa pun yang terjadi kepada ekonomi. Hatta tunggang terbalik sekali pun, kuasa beli emas tetap sama. Sebagai contoh jika hari ini saya mempunyai emas yang nilainya RM 10,000. 20 tahun akan datang, kuasa beli emas saya tetap RM10,000. Walaupun harga emas saya naik berkali-kali ganda, tetapi hakikatnya kuasa belinya tetapi sama iaitu RM 10,000. Tidak bertambah atau berkurang. Kuasa belinya bertahan. 

Kuasa Beli Wang Kertas Merosot

Nilai ringgit pernah jatuh 50 peratus pada 1997 semasa krisis ekonomi. Manakala, pada tahun 2015, ringgit jatuh sehingga 30 peratus. Semasa kejatuhan nilai ringgit pada tahun 1997 Tun Dr Mahathir telah membuka mulut tentang emas yang dilihat sebagai duit sebenar yang lebih kukuh nilainya. Daripada tu, Bank Negara telah mengeluarkan emas yang pertama yang dikenali Kijang Emas.

Nilai wang kertas tak dijamin pada wang tersebut tetapi nilai ditentukan berdasarkan kestabilan ekonomi sesebuah negara. Hari ini kita boleh lihat nilai  kuasa duit kita semakin merosot. Contoh mudah. Jika dahulu RM 100 ringgit cukup membeli barang dapur dengan kuantiti yang banyak. Hari ini dengan nilai yang sama, kita tak boleh lagi membeli barang dengan kuantiti  yang sama kerana harga barang semakin naik. Ini menunjukkan kuasa beli RM 100 bukan RM 100 lagi tetapi separuh darpadanya. Walaupun nombor pada duit tetap kekal RM 100 tapi nilainya sudah berkurang.

Guru emas saya En Mohd Zulkifli Shafie.

Kepentingan Emas

Emas sebenarnya fungsinya sebagai simpanan bukan pelaburan. Kerana menyimpan emas tidak membuatkan harta kita berkembang seperti mana saham atau alat kewangan yang lain. Fungsi emas sebenarnya ialah melindungi kekayaan kita daripada hilang daripada kesan ketidaktentuan ekonomi dan kebocoran akibat sikap kita sendiri. 

Mohamad Shafiq Rohaizad
Kuching
29 Oktober 2017


No comments:

Post a Comment